RM 105 ribu kepada pelajar negeri Pahang ke Mesir

RM 105 ribu kepada pelajar negeri Pahang ke Mesir

Berita | Kuantan, 8 April 2019 – Sejumlah RM 105,000 diperuntukkan sebagai sumbangan Kerajaan Negeri kepada 105 pelajar persendirian dari negeri Pahang yang akan menyambung pelajaran ke Universiti Al – Azhar Mesir. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Yayasan Pahang dan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Wan Rosdy merangkap Pengerusi Yayasan Pahang.

YAB Dato’ Sri Wan Rosdy turut mengucapkan penghargaan kepada Dato’ Mohamad Nazari Pengurus Besar Amanah Saham Pahang ( ASPA ) yang telah memperuntukkan sumbangan ini menerusi Yayasan Pahang meskipun ia bukan dasar dan kewajipan pihak ASPA.

Menurut beliau, ASPA merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang yang sejak dari mula penubuhanya telah memberikan sumbangan yang besar dalam Pendidikan Agama menerusi penajaan Guru Pendidikan Islam dan Akademik di Sekolah Menegah Agama Kerajaan Pahang ( SMAN ).

“Kerajaan Negeri Pahang sentiasa mengambil berat soal pendidikan Agama dan sekolah-sekolah menegah agama di Negeri Pahang” ujar beliau ketika menyampaikan ucapan.

Jumlah keseluruhan Sekolah Menegah Agama Negeri adalah sebanyak 18 buah dan masih diurus tadbir serta dibiayi oleh Kerajaan Negeri. Yuran Asrama di SMAN masih kekal sebanyak RM 18 sebulan dari tahun 80an hingga ke hari ini. Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM 70 juta setahun untuk SMAN Pahang.

gambar Hiasan Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kuantan

Selain daripada ASPA, Yayasan Pahang juga merupakan sebuah agensi yang telah memberikan sumbangan besar kepada sektor pendidikan dan pembangunan modal insan di Negeri Pahang.

“Semenjak dari Pengerusi Yayasan Pahang yang pertama sehingga kepada saya, sejumlah RM 1.2 billion telah diperuntukkan bagi sektor pendidikan di Negeri Pahang” ujar beliau lagi.

YAB Dato’ Sri Wan Rosdy turut mendoakan semoga urusan anak-anak pelajar di Mesir dipermudahkan. Beliau juga berpesan, supaya belajar bersungguh-sungguh dan membawa kejayaan ke Tanah Air.

Oleh Admin

Leave a comment