RM 279 Ribu Disumbangkan Kerajaan Negeri Kepada Rakyat

RM 279 Ribu Disumbangkan Kerajaan Negeri Kepada Rakyat

Para hadirin bergambar kenangan bersama YAB Menteri Besar Pahang.

Kuantan, 3 April – Seramai 27 orang telah menerima cek sumbangan oleh Kerajaan Negeri dengan jumlah keseluruhan ialah RM 279, 373.

Penerima-penerima tersebut yang terdiri daripada dalam kalangan individu, wakil jabatan serta agensi dan juga wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail pada Majlis Ramah Mesra Bersama-sama Penjawat Awam di Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Kuantan.

Dalam majlis yang sama, YAB Menteri Besar Pahang turut menyumbangkan sebuah jentera traktor kepada Persatuan Komuniti Nelayan Kg. Beserah Pelindung.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy mencuba traktor yang disumbangkan Kerajaan Negeri kepada Komuniti Nelayan Kg. Beserah Pelindung.

Pada 22 Mac lalu, dua buah traktor telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri kepada Komuniti Nelayan Kampung Beserah dan Kampung Pantai Beserah.

Majlis tersebut telah dihadiri kira-kira 200 orang penjawat awam, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, ketua-ketua jabatan dan juga penerima sumbangan.

MB Pahang menyerahkan replika kunci kepada penerima

 

Oleh: Admin

Leave a comment