RM 3.6 juta Untuk Bantuan Khas Sekolah Rendah Menteri Besar

RM 3.6 juta Untuk Bantuan Khas Sekolah Rendah Menteri Besar

Kuala Lipis, 21 Disember – Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pahang (YP) telah memperuntukkan RM 3.6 juta bagi menjayakan program Bantuan Khas Menteri Besar Pahang 2019

Daripada jumlah tersebut, seramai 23,200 murid sekolah rendah akan mendapat manfaatnya dan setiap seorang akan menerima RM 150 untuk digunakan bagi membeli peralatan persekolahan yang diperlukan demi menghadapi sesi persekolahan baharu Januari depan.

“Kita akan bagi sebelum buka sekolah, InsyaAllah. Paling lewat minggu pertama, paling-paling lewat minggu kedua bulan Januari kita akan bagi kepada semua pelajar yang layak difikirkan layak menerima,” kata Menteri Besar Dato’ Sri Haji Wan Rosdy kepada wartawan ketika ditemui pada program ‘Back To School 2019’ anjuran Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Dewan Orang Ramai, Kampung Kuala Medang, Lipis.

Beliau turut menyarankan agar ibu bapa kepada murid yang layak menerima bantuan supaya menggunakan peruntukan tersebut untuk membeli kelengkapan sekolah anak-anak.

“Eloklah kita bagi wang tunai dan ibu bapa boleh bawa anak-anak mereka ke kedai untuk membeli peralatan persekolahan mereka,” katanya.

Leave a comment