RM184,200 Biasiswa Sekolah Menengah YP Untuk Daerah Pekan

Pekan, 16 Mei: Seramai 614 orang pelajar telah menerima Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang dalam sebuah majlis penyerahan di Dewan Utama MUIP, Pekan.
EXCO Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff merangkap Adun Bebar hadir di Majlis Penyerahan Biasiswa bagi menyempurnakan acara.

Beliau berkata, Yayasan Pahang semangnya telah banyak menabur jasa kepada rakyat Pahang terutama dalam bidang pendidikan anak-anak Pahang.
Sejak 35 tahun beroperasi, Yayasan Pahang telah membelanjakan lebih RM364 juta hanya bagi biasiswa sekolah menengah dan rendah.
Sehinggi kini, pihak Yayasan Pahang telah memperuntukkan hampir RM1.2 billion sebagai bantuan kepada anak-anak dalam sektor pendidikan di Pahang.
“YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sentiasa menitik beratkan soal pendidikan dan kebajikan rakyat.
Pelbagai biasiswa dan peruntukkan terus diberikan kepada anak Pahang bagi memastikan mereka tetap berpeluang memajukan diri dan masa hadapan,” jelas Dato’ Fakhruddin Ariff.
Oleh: Admin