RM293,100 Biasiswa Sekolah Menengah YP di Jerantut

RM293,100 Biasiswa Sekolah Menengah YP di Jerantut

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah ketika memberi ucapan.

Jerantut, 16 Mei – Seramai 977 pelajar di daerah ini telah menerima Biasiswa Sekolah Menengah Negeri Pahang sumbangan Yayasan Pahang di Dewan Majlis Daerah Jerantut.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah bagi menyampaikan bantuan tersebut.

Datuk Nazri Ngah berkata, wang sebanyak RM300 yang diberikan adalah melalui peruntukan oleh Yayasan Pahang dan juga kerjasama Pejabat Menteri Besar.

“Ini bukti kerajaan negeri sangat prihatin dengan kebajikan pelajar bagi meringankan beban ibu bapa untuk menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.

“Kerajaan negeri akan terus menghulurkan bantuan melalui Yayasan Pahang agar golongan yang memerlukan mendapat manfaatnya,” katanya yang mewakili Menteri Besar Pahang pada majlis berkenaan.

Turut hadir sama pada majlis penyerahan biasiswa ini ialah Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin dan ADUN Damak, Zuridan Mohd Daud.

Datuk Nazri turut menasihat para pelajar agar menggunakan wang biasiswa itu sebaiknya dengan membeli kelengkapan untuk belajar dan bukannya membazir sesuka hati.

“Saya harap mereka manfaatkan bantuan ini untuk menjana kecemerlangan dalam pendidikan sekaligus mengharumkan nama negeri Pahang di peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Turut hadir sama pada majlis penyerahan biasiswa ini ialah Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin dan ADUN Damak, Zuridan Mohd Daud.

Sumber: Utusan

Oleh: Admin

 

Leave a comment