Sallehuddin Dilantik Timbalan Presiden PBNP Baharu

Sallehuddin Dilantik Timbalan Presiden PBNP Baharu

Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak

Kuantan – Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak telah dipilih sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-63 persatuan itu di Hotel Shahzan Inn, 2 Julai lalu.

Beliau menggantikan Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail yang kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden I manakala Naib Presiden II disandang ileh Dato’ Sri Zamri Ramly.

Sementara itu, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah kekal sebagai Presiden PBNP selepas menang tanpa bertanding.

Pemilihan jawatankuasa bagi penggal 2019-2022 yang diadakan pada Mesyuarat Agung Tahunan PBNP ke-63 turut menyaksikan dua muka baharu dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis iaitu Datuk Mohd Mazri Mahmud dan Muhammad Muaz Dahari.

Lapan individu pula kekal menyandang jawatan yang sama iaitu Raja Mustapa Shah Raja Jalil Shah, Rosli Noordin, Abd Razab Wahab, Datuk Seri Mohamad Zaini Saleh, Ahmad Salizam Ghazali, Datuk Taufek Razak, S. Krishnan dan Adzland Zakaria.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Muhammad Safian itu dihadiri oleh 58 orang daripada 77 perwakilan termasuk Setiausaha Agungnya, Norlia Abdul Manaf.

Sumber: Utusan Online

Oleh: Admin

Leave a comment