Sejarawan Negara, Khoo Kay Kim Meninggal Dunia

Sejarawan Negara, Khoo Kay Kim Meninggal Dunia

Shah Alam, 28 Mei – Tokoh sejarawan negera yang juga Ahli Akedemik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, 82, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pagi hari ini.

Kay Kim yang dilahirkan di Kampar, Perak adalah salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara selepas tragedi rusuhuan kaum pada 1969.

Beliau banyak memberi sumbangan kepada negara terumata dalam penyelidikan sarjana, penyusunan interpretasi semula sejarah Malaysia.

Oleh kerana itu, beliau telah menerima Anugerah Merdeka 2018 berprestij dalam kategori pencapaian skolastik cemerlang.

Beliau meninggalkan seorang isteri Puan Sri Rathi Khoo bersama tiga orang anak, Eddin, Rubin dan Mavin.

Oleh: Admin

Leave a comment