Sukan Olimpik Khas Abu Dhabi 2019: Gangsa Acara Renang Milik Adam Zikry

Sukan Olimpik Khas Abu Dhabi 2019: Gangsa Acara Renang Milik Adam Zikry

Muhammad Adam Zikry bersama ibunya, Siti Rohaida Melan dan mereka-mereka yang menyambutnya di LTSAS. Turut kelihatan, Ahli Parlimen Paya Besar, YB Shahar Abdullah

Kuantan: Kepulangan atlet paralimpik negara kelahiran Pahang telah disambut meriah oleh orang ramai di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah semalam.

Muhammad Adam Zikry yang berjaya memperoleh pingat gangsa dalam acara renang 100 meter pada Sukan Olimpik Khas Abu Dhabi 2019 sekali gus mengharungi nama negara dan juga negeri Pahang.

Adam Zikry, remaja OKU dalam kategori masalah pembelajaran (slow learner) juga seorang pelajar Program Pendidikan Khas Intergrasi Pembelajaran SMK Paya Besar.

Selain daripada latihan renang di Kompleks Renang Wisma Belia, Indera Mahkota, beliau juga pernah menjadikan Sungai Belat sebagai salah satu tempat latihannya.

Walaubagaimanapun, setelah menyedari badan Adam Zikry yang sering luka terkena batu-batu sungai, ibunya- Siti Rohaida Melan telah mengambil inisiatif menghantar beliau ke kelas renang yang lebih formal.

“Saya seronok dengan kejayaan ini kerana ini pertandingan antarabangsa pertama saya. Ini rezeki yang Allah berikan. Saya akan berlatih lebih kuat lagi untuk mendapatkan pingat emas,” kata Adam Zikry kepada pemberita.

Ibunya turut berkata menenai cabaran menguruskan latihan Adam Zikry  namun kejayaan anaknya hari ini adalah perkara paling manis.

“Adam istimewa. Dia bukan seperti budak lain. Jadi, untuk menguruskannya ke latihan juga boleh menjadi perkara yang mencabar, terutama jika ‘anginnya’ tidak baik pada hari itu.

“Sebab itu, kejayaan Adam hari ini perkara paling manis. Bukan hanya untuk dirinya tetapi buat semua yang bersama-sama dengannya sejak mula dia berenang,” katanya.

Oleh: A

Leave a comment