Sukarelawan Tunas Warisan (STW) Platform Untuk Belia Pahang

Sukarelawan Tunas Warisan (STW) Platform Untuk Belia Pahang

Kuantan, 24 November – Sebuah program khas untuk belia di Negeri Pahang telah ditubuhkan dan hari ini, ia telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail di Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Kuantan.

Program yang dinamakan Sukarelawan Tunas Warisan (STW) ini adalah cetusan idea daripada Menteri Besar Pahang sendiri dan misinya adalah sebagai ‘platform’ untuk golongan belia Negeri Pahang untuk bergiat aktif dalam kesukarelaan.

Dalam masa yang sama, ia juga dilihat sebagai sebuah program yang akan membentuk generasi muda untuk menyayangi negerinya.

STW turut mensasarkan keanggotaan ahli daripada golongan belia yang berumur antara 13 hingga 40 tahun.

Setiap program yang dijalankan dibawah kelolaan STW mempunyai enam teras iaitu alam sekitar, pendidikan, sosio ekonomi, sukan dan rekriasi, bencana dan kesukarelaan, serta keusahawanan.

 

Leave a comment