Tempat Makan Menarik Di Bandar Kuantan

Tempat Makan Menarik Di Bandar Kuantan

Pada setiap hujung minggu, sudah pasti bagi mereka yang sudah berkeluarga akan menghabiskan masa bersama dengan pelbagai aktiviti seperti melancong ataupun beriadah.

Pada artikel kali ini, kami sajikan kepada anda yang baru sahaja berkunjung ke Kuantan yang masih mencari-cari tempat makan yang menarik di sekitar bandar Kuantan.

Perut pun sudah lapar, moh ler kiter !

1.Lila Wadi

Image result for lilawadi

Lila Wadi terkenal dengan masakan steamboat grill yang asli dari Hokaido, Jepun dan Kek Keju Mangga yang dihasilkan oleh chef professional dengan bahan berkualiti.

Tambahan dengan suasana di Lila Wadi Restaurant amat romantik dan tenang. Sesuailah sesiapa sahaja yang ingin berbulan madu, ataupun makan bersama keluarga.

Harganya pula adalah berpatutan dengan hidangan yang sangat sedap!

Pandan Cooler
Mango Cheese Cake
Steamboat Grill

Alamat: Lorong Selamat 21, Taman Kerjasama, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi : Setiap hari (5:00 pm-12:00 am)

2.Kedai Kopi Mamba

Bagi mereka yang gemarkan makanan ala western anda boleh cuba berkunjung Kedai Kopi Mamba.

Dengan lampunya yang agak romantik gittew, membuatkan seperti masa anda terhenti lebih-lebih lagi dengan kelazatan makanan di sini. Antara menu yang anda mesti cuba adalah seperti Chicken Grill, Burger Chop, Lamb Popeye dan Strawberry Milkshake.

Chicken Grill di sini memang sedap!

Alamat: No 73, Lorong Rusa (belakang Court Mammoth); 25000 Kuantan.

Waktu Operasi : Setiap hari (05:30 pm—12:00 am)

3.Mista Reggae House

 

Mista Reggae House mempunyai keunikannya yang tersendiri. Anda boleh memilih untuk makan di ruangan berhawa dingin ataupun menikmati pemandangan bandar kuantan di bahagian atas restoran.

Menariknya disini, menu di sini pasti membuatkan anda menjadi tanda tanya namun, setelah anda memesan makanan tersebut, pasti anda merasa seperti diawangan dengan kelazatan makanan yang disediakan.

Restoran ini turut menyediakan menu untuk sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam.

Anda sudah bersedia untuk ‘Burger Challange’ ?

Alamat: No 17, Jalan Haji Abdul Aziz, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Ahad (7:00 am-12:00 am)

4.Celup Tepung Hujung Tanjung

Image result for celup tepung hujung tanjung

Melayan angin pantai di waktu petang sambil menikmati hidangan celup tepung disediakan segar dan panas, tak terkata….

Alamat: Tapak Pasar Nelayan Tanjung Lumpur – tepi sungai menghadap Tanjung Api

Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Jumaat (12:00 pm-7:00 pm)

5. Cendol Pulut Durian Bypass

Bagi mereka yang ingin pulang ke Kuala Lumpur ataupun menghala ke Gambang, jangan lupa untuk singgah di Cendol Pulut Durian Bypass.

Alamat: Bersebelahan Klinik Kesihatan Paya Besar, Jalan Bypass Kuantan.

Waktu Operasi : Setiap hari (12:00 pm-8:00 pm)

6. Burgerak!

Image result for burgerak

Jika anda peminat Cafe hipster,  ini adalah tempat Makan menarik untuk anda dan keluarga serta rakan rakan anda cuba. Burgerak! juga amat terkenal dengan kelazatan menu bersasaskan kambing seperti Kambing Mabuk Cendawan, serta LambGor nya. Selain daripada menu hidangan barat yang lain, patty burger yang disajikan di sini adalah hommade.

Menu wajib yang patut anda cuba adalah Burito’s. Pesanan kami, jangan lupa sediakan tisu, sebab pedas.

Inilah Kambing Mabuk Cendawan

Alamat: B1927, Ground floor, Jalan Beserah, Taman Mariana, 25300 Kuantan, Pahang, 

Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Ahad (5:00 pm-12:00 am)

7. Robok Dapor

Image result for robok dapur kuantan

Robok Dapur Kuantan adalah restoran stik dan amat sesuai bagi mereka yang berkeluarga. Restoran ini menyajikan hidangan dengan masakan Barat dan tempatan pada harga yang berpatutan, menjadikannya popular di kalangan masyarakat setempat sebagai tempat untuk perayaan dan majlis-majlis khas.

Bagi mereka yang ingin merasakan stik  lembut dan cair di dalam lembut, itu adalah kepakaran Robok Dapor.

Alamat: B2 GF Jalan Mat Kilau 24/1 (belakang 7/11 jln Penjara), Kuantan

Waktu Operasi : Setiap hari (3:30 pm-12:30 am)

8. Rasa Sayang Coffee Shop

Tempat yang sempurna dan menyenangkan untuk berehat bersama teman dan keluarga. Cafe yang berkonsepkan tradisional ini menghidangkan makanan tempatan hingga barat. Bagi pencinta kopi Vietnam, ini adalah tempat yang wajib anda kunjungi.

Alamat: A25, Jalan Sri Kuantan 80, 25250 Kuantan

Waktu Operasi : Setiap hari (3:30 pm-12:00 am)

Oleh: Admin

 

Leave a comment