Tiga Beranak Terkorban Kejadian Kebakaran

Tiga Beranak Terkorban Kejadian Kebakaran

Rentung, rumah mangsa kebakaran di Perkampungan Sungai Isap 2 awal pagi tadi.

Kuantan- Tiga maut manakala empat yang lain sedang menerima rawatan dalam kejadian kebakaran di Perkampungan Sungai Isap 2, Kuantan.

Dalam siasatan awal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, mangsa kebakaran Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, dan dua lagi anaknya Muhammad Haikal Hakimi Hairol, 11, dan Muhamamd Adam Daniel, 7, didapati berada di bilik belakang rumah mereka dan dipercayai sedang tidur.

“Ketika kejadian terdapat lapan mangsa di rumah itu. Lima mangsa berjaya keluar sementara tiga yang lain tidak dapat diselamatkan.

“Empat mangsa turut cedera dipercayai terkena sambaran api ketika cuba menyelamatkan ahli keluarga mereka.

“Kita percaya kebakaran bermula dari bahagian tengah rumah sebelum merebak ke kawasan lain,” kata Timbalan Pengarah JBPM, Mohd Sani Harul dalam sidang media di Kuantan, hari ini.

YB Rahim Muda tiba di tempat kejadian.

Nasib dua keluarga yang kehilangan rumah dalam kebakaran pagi tadi mendapat perhatian YB Rahim Muda mewakili Kerajaan Negeri Pahang menyampaikan sumbangan kepada mangsa dan keluarga terlibat.

Kebakaran jam 7.45 pagi tadi di Perumahan Sungai Isap 2, Kuantan memusnahkan dua buah rumah dan mengorbankan 3 mangsa iaitu seorang dewasa (ibu) dan dua kanak-kanak.

Oleh: Admin

Leave a comment