Tiga Laluan Maut Di Pahang

Tiga Laluan Maut Di Pahang

Gambar sekadar hiasan.

Kuantan: Tiga laluan berisiko tinggi yang mungkin boleh menyembabkan kematian sekiranya belaku kemalangan telah dikenal pasti oleh pihak Polis Pahang.

Tiga laluan tersebut ialah Jalan Pekan-Rompin, Jalan Maran-Kuantan, dan Jalan Kuala Lipis-Merapoh.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad, pihaknya telah mengenal pasti laluan maut tersebut kerana kekerapan berlakunya kemalangan hingga mengakibatkan kecederaan parah yang melibatkan pengguna jalan raya di laluan berkenaan.

Sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan kadar kemalangan, pihaknya mencadangkan agar papan tanda amaran yang mempamerkan jumlah kemalangan dan kematian dipasang oleh agensi berkaitan supaya dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.

“Pemasangan papan tanda ini akan memberi peringatan atau amaran kepada pengguna jalan raya khususnya pemandu supaya mereka lebih berhati-hati ketika melalui jalan-jalan terbabit,” katanya pada wartawan semasa Program Lawatan Hospital Sempena Sambutan Hari Polis Ke-212 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), 2 April lalu.

Oleh: Admin

Leave a comment