Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II: Cubaan Menjadi Wira Cameron Highlands

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II: Cubaan Menjadi Wira Cameron Highlands

Kuantan: Hari ini kecoh di laman media sosial berkenaan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Encik P.Ramasamy yang ‘menyerang’ Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkaitan isu penguatkuasaan ke atas kebun-kebun haram di Cameron Highlands.

Lebih mengejutkan apabila YB. Prof. Dr. Ramasany, telah mengeluarkan kenyataan yang menggesa YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail untuk meletak jawatan berkait dengan isu pengusiran kira-kira 60 penceroboh tanah haram di sekitar Sungai Ichat, Sekitar Kawasan rezab tadahan air Sungai Terla, Cameron Highlands.

Sedangkan YAB Menteri Besar Pahang telah menyatakan dengan jelas bahawa walaupun TOL telah dikeluarkan sebelum ini, penceroboh telah melanggar syarat yang dikenakan dengan membina bangunan kekal serta menggunakan racun  yang tidak dibenarkan oleh Jabatan Pertanian serta melanggar zon penampan Sungai Ichat, sepanjang lokasi mereka mengusahakan tapak kebun.

Berkenaan TOL ini, Encik Ramasamy juga mempertikaikan bagaimana pekebun-pekebun ini baru sekarang boleh menjadi masalah kepada Kerajaan Negeri sedangkan mereka kononnya, telah mengerjakan kebun-kebun berkenaan sejak lebih 60 tahun lepas.

Dalam hal ini, Encik Ramasamy mungkin tidak dimaklumkan oleh pekebun-pekebun yang dijuarainya itu betapa asalnya di atas tanah yang dicerobohi, TOL memang ada dikeluarkan, yang paling awal menurut Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Cameron Highlands ialah pada tahun 1993 atau hanya 26 tahun lepas .

Sebelum ini, hanya 50 TOL sahaja yang dikeluarkan atas nama ketua-ketua keluarga berkenaan sahaja. Walaubagaimanapun kemudian didapati, pada setiap TOL yang dikeluarkan itu, terdapat lebih daripada seorang yang mengusahakannya, yang turut meliputi anak-anak yang sudah dewasa, serta sanak-saudaranya.

Namun menurut seorang pegawai pertanian setempat, jika mereka mengikuti syarat-syarat ketat yang dikenakan pada setiap TOL, sudah tentu tidak menjadi masalah terutamanya yang berkaitan dengan usaha agar alam sekitar tidak tercemar dengan kerja-kerja pertanian yang dijalankan.

Malahan tidak adil jika keistimewaan diberikan kepada 60 penceroboh sedangkan akibatnya kelak terpaksa ditanggung oleh ribuan lagi penduduk Cameron Highlands.

Alangkah lebih baik jika beliau fokus kepada isu-isu pengusiran dan perobohan kampung-kampung di sekitar Pulau Pinang daripada mencampuri urusan Kerajaan Negeri Pahang.

Oleh: Admin.

 

 

Leave a comment