Titah Diraja | Sektor Pertanian Terus Diutamakan

Titah Diraja | Sektor Pertanian Terus Diutamakan

Titah Diraja | Sektor pertanian merupakan salah satu sektor utama yang menyumbang kepada ekonomi negeri.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah bertitah baginda menaruh harapan yang tinggi bagi sektor pertanian dan penternakan agar dapat terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.

Baginda turut menzahirkan rasa gembira apabila Negeri Pahang berpotensi untuk menjadi pengeluar hasil ternakan utama di negara.

”Saya juga berasa sukacita apabila dikhabarkan negeri saya berpotensi untuk menjadi sebuah negeri pengeluar makanan hasilan ternakan yang utama di Malaysia,” titah baginda.

Bagi mencapai Negeri Pahang sebagai pengeluar makanan utama di negara, baginda menitahkan supaya semua pihak berganding bahu dalam memastikan sektor pertanian dan ternakan terus berkembang.

Jesteru itu, sektor ini memerlukan perancangan teliti dan memerlukan strategi pelaksanaan digubal mengikut perkembangan industri semasa supaya dapat menyumbang kepada peratusan yang lebih besar kepada  kadar pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang,” titah baginda.

Dalam pada masa sama baginda turut menzahirkan rasa simpati terhadap nasib segelintir rakyat terutamanya para pekebun kecil yang bergantung kepada hasil kelapa sawit.

”Sehubungan dengan itu, saya berharap agar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat meningkatkan usaha bagi membantu dalam meringankan beban golongan ini ekoran kejatuhan harga komoditi tersebut di pasaran antarabangsa sejak mutakhir ini,” titah baginda.

Oleh: Admin

Leave a comment