Tok Mat dijangka menang

Tok Mat dijangka menang

ULASAN | Esok bakal kita menyaksikan Pilihan Raya Kecil bagi DUN Rantau setelah status kerusi DUN itu berdepan proses perundangan yang menyebabkan pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan.

Mohamad Hassan atau dikenali sebagai Tok Mat merupakan penyandang kerusi selama 3 penggal, namun senarionya berbeza pada kali ini setelah Parti yang diwakili beliau telah kehilangan kuasa di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Kehadiran Tok Mat didalam Dewan Undangan Negeri kelihatan amat penting kerana jika beliau dipilih sekali lagi sebagai wakil rakyat, beliau akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang dan ia sangat efisyen kerana mempunyai seorang Ketua Pembangkang yang kuat dan berpengalaman.

“Pada 13 April, saya mohon tuan-tuan bantu saya ke dalam Dewan sebagai Ketua Pembangkang untuk “Check and Balance” ,ia bukan untuk saya , tetapi saya hendak berkhidmat untuk rakyat di Negeri Sembilan supaya Kerajaan Pakatan Harapan jangan tipu rakyat lagi” ujar beliau pada ceramahnya di Sendayan.

Pada masa yang sama, calon Pakatan Harapan (PH) meletakan Dr S Steram sebagai lawan dan beliau disokong kuat oleh bakal perdana menteri ke – 8 , Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemengan PH di kerusi ini amat penting selain membuktikan pengaruhnya cukup kuat dan bersedia untuk menerajui negara.

Jadi disebabkan itu, kita dapat lihat Datuk Seri Anwar berkampung siang malam di Rantau bagi menumbangkan Tok Mat di gelangang sendiri.

Menurut tinjaun, ramai yang mengatakan Tok Mat akan menang dengan selesa dan penduduk setempat lebih mengenali serta mampu menilai sejauh mana pencapaian bekas Menteri Besar itu sama ada mampu untuk dibanggakan atau sebaliknya.

Trek rekod beliau sebagai bekas Menteri Besar dan Adun Rantau selama tiga penggal memberi kelebihan besar dalam kempen pilihanraya kecil ini.

Ramai pengundi juga memiliki pandangan negatif terhadap kerajaan PH, khusus dalam kegagalan melaksanakan janji Pilihan Raya, prestasi Lemah , kenyataan yang sering U – Turn dan tanggapan bahawa hak-hak Melayu Islam tidak dilindungi.

Seperti yang kita sedia maklum, penyatuan UMNO dan Pas iaitu dua parti terbesar orang Melayu sudah tentu akan memberi kelebihan kepada Tok Mat kerana sejumlah 51% pengundi terdiri dariada orang Melayu. Manakala pengundi India menguasai 27% dan Cina 19%. Oleh sebab itu, ramai beranggapan bahawa pengundi India adalah penentu kemenangan dalam PRK Rantau ini.

Sebaliknya, pengundi India di DUN Rantau kelihatan terbahagi kepada dua, antara penyumbang faktor ini adalah kredibiliti Tok Mat yang sering membantu masyrakat tidak kira kaum, manakala Dr S Steram pula dilihat sebagai orang luar yang kurang dikenali.

Tambahan pula, Dr Steram juga mempunyai kelebihan di kalangan pengundi CIna kerana hasil tinjaun mendapati majoriti pengundi Cina yang berpusat di pekan Rantau akan memilih Kerajaan Pakatan Harapan tidak kira walau siapa pun yang diwakili oleh Parti itu.

Oleh Admin.

Leave a comment