Warisan Pahang: Kuih Pepena, Badak Kubang, Dodol Kukus

Warisan Pahang: Kuih Pepena, Badak Kubang, Dodol Kukus

Diberi gelaran ‘kuih tiga beradik’, kuih pepena, badak kubang dan dodol kukus merupakan kuih tradisional Pahang yang semakin sukar dijumpai.

Namun, ia boleh ditemui di pekan sehari atau pasar pagi di daerah Maran dan Temerloh.

Kuih badak kubang adalah berbentuk bulat. Ianya dibuat menggunakan tepung pulut dan beras pulut hitam yang dikisar halus berintikan kelapa dan kuahnya pula campuran tepung gandum, santan dan garam yang menerbitkan rasa lemak-lemak masin.

Kuih badak kubang

Kuih pepena pula berbentuk bintang yang dibuat menggunakan bahan sama untuk membuat badak kubang. Tetapi bezanya adalah kuahnya menggunakan bancuhan tepung gandum, santan, air pandan dan gula

Kuih pepena

Manakala dodol kukus pula teksturnya lebih halus dan lembut serta diletakkan minyak di bahagian permukaan dan menggunakan campuran tepung pulut, santan dan gula merah sama seperti membuat dodol kacau, tetapi yang membezakannya ialah cara memasaknya menggunakan kukus dan tidak dikacau.

Kebiasaannya, kuih-kuih ini amat lazim dalam kalangan ‘orang lama’ dan sejak zaman-berzaman sebagai juadah untuk berbuka puasa.

Usaha untuk mengekalkan kuih-kuih tradisional di negeri Pahang perlulah terus dilakukan dan dipelajari agar ia tidak pupus ditelan zaman.

Oleh: Admin

 

 

 

Leave a comment