Warisan Pahang: Seni Silat Pahang
“Tanah Melaka tanah pusaka,
Tempat lahir panglima negara;
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.”
Demikianlah pantun seruan khas oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman, pengasas Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia yang mengingatkan anak muda bangsa Melayu untuk mempertahankan tanah air.
Silat merupakan satu seni bela diri tradisional yang telah wujud sejak berkurun lamanya.
Seni silat telah digunakan oleh orang Melayu di nusantara untuk mempertahankan diri, berperang, pertunjukkan pada majlis keraian dan lain-lain lagi.
Namun sayangnya, apabila ada diantara kita pada hari ini memandang ilmu persilatan seperti sudah tidak releven untuk dipelajari kerana dianggap terlalu berbunga-bunga apabila bertempur dan juga berkait rapat dengan amalan mistik.
Lebih memburukkan lagi keadaan, dengan kewujudan pertandingan tempur satu lawan satu seperti UFC, One Championship, Pride, dan macam-macam lagi yang ditayangkan di kaca television, telah menjadikan anak-anak muda pada zaman kini lebih cenderung untuk mempelajari bela diri barat yang dianggap lebih mendominasi berbanding silat.
Sesungguhnya, seni silat tidak diciptakan untuk bertempur sebegitu.
Sengai contoh, didalam pertandingan silat olahraga, pesilat bertempur dengan memakai body protector dan hanya dibernarkan untuk membuat serangan di bahagian atas badan kecuali bahagian kepala.
Ini menunjukkan pertandingan ini perlu di menangi dengan mendapatkan mata skor, bukan niat untuk mencederakan pihak lawan.
Sudah sinonim silat dan alam Melayu tidak dapat dipisahkan, dalam menuntut ilmu persilatan, sudah tentu pelbagai adat dan adab harus dijaga dan dipelihara selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Seorang pesilat atau pendekar yang baik telah ditanamkan dalam dirinya bahawa ilmu persilatan hanya boleh diguna pakai untuk mempertahankan diri, agama, bangsa, keluarga dan tanah air.
Pelbagai jenis perguruan silat dapat kita saksikan pada hari ini. Namun, berikut adalah perguruan silat warisan Pahang yang masih kekal dipelajari oleh sebahagian masyarakat pada hari ini.
1. Silat Gerak Lapan – Dibawa ke Lipis oleh seorang pendekar yang merantau semasa mudanya ke Endau disekitar tahun 1900 dan telah menuntut dari seorang guru silat disitu bernama Awang Tareh dan Guru Awang Tareh adalah Awang Mat Zain.
2. Silat Seni Melayu Pahang (Silat Pulut) – Asalnya dipanggil Silat Chaon mengikut nama guru yang mula-mula mengajarnya iaitu Pendekar Tok Chaon. Agaknya Tok Pendekar ini mengajar silat sekitar tahun 1800an iaitu semasa mukim Tg Besar ditadbir oleh Orang Kaya Tok Setia Ismail.
3. Silat Tapak Setia Suci Warisan Mat Kilau – Dibawa oleh Tuan Haji Alhamadi, cucu tokoh pahlawan Mat Kilau.
4. Silat Kapan (Seni Silat Cekak Pahang) – diambil alih oleh guru Pendekar Awang sempena dengan nama guru. Silat ini telah bertapak di Lipat Kajang, Temerloh,Pahang. Ia dibawa oleh Pak Ngah Jalil. Kemudian, ia didaftarkan di Pesaka dengan nama Seni Silat Cekak Pahang.
5. Seni Silat Sendeng Gunung Sakti – Seni silat warisan Pahang yang dikembangkan oleh Cikgu Jantan Bin Datuk Bahaman di Pahang.
6. Silat Melayu Pahang Tok Khatib Mohd Noh – Ianya adalah gabungan aliran silat yang diwarisi daripada Pendekar Endol, Pendekar Stan Maakat, Pendekar Ghafar dan Pendekar Sulaiman. – Guru Anjang Hassan bin Awang Nong.
Semoga warisan ini dikekalkan dan diberi galakan kepada anak-anak kita untuk mempelajarinya.
Oleh: Admin