Warisan Pahang: Tanjak Pahang

Warisan Pahang: Tanjak Pahang

Tengkolok, juga dikenali sebagai destar, setanjak/tanjak, bulang hulu dan setangan kepala, merupakan sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki.

Pemakaian tengkolok dicipta seawalnya sejak  zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebelum zaman itu, sudah menjadi kewajipan rakyat jelata untuk menutup kepala atau mengikat rambut panjang supaya kelihatan kemas apabila apabila menghadap raja.

Masyarakat Melayu Melaka mendapat ikhtiar untuk menggunakan kain panjang berbentuk segi empat untuk dilipat-lipat dan diikat menjadi sejenis alas kepala yang kemas untuk dipakai dalam urusan rasmi. Ikatan kain ini lama-kelamaan makin lama makin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubah suai mengikut taraf pemakainya.

Rekabentuk tanjak atau tanjak adalah berbeza-beza mengikut negeri masing-masing. Moh kita kenali nama dan bentuk tanjak yang dipakai oleh orang-orang Melayu Pahang.

1. Tanjak Cogan Daun Kopi

Dipakai oleh K.D.Y.M.M. Sultan Pahang. Warna rasminya adalah kuning muda, namun begitu baginda selalu memakai warna-warna latar yang gelap. Bentuk tanjak Pahang mudah dikenali daripada bentuknya yang segi tiga dan diikat secara menegak di atas dahi dan membiarkan bahagian kepala yang lain terdedah. Selain itu reka bentuk bunga atau daun itu terletak di sebelah depan tanjak tersebut.

Tanjak Cogan Daun Kopi

 

 

 

 

 

 

 

2. Tanjak Raja Naik Bersiram

TANJAK-RAJA-NAIK-BERSIRAM-1
Tanjak Raja Naik Bersiram

Dipakai sebaik sahaja raja berangkat naik daripada istiadat bersiram, sama ada sesudah selesai istiadat perkahwinan diraja ataupun pertabalan yang menandakan raja selamat bersiram. Destar jenis ini hanya dipakai oleh raja yang memerintah. Putera atau cucunda baginda tidak boleh memakai destar jenis ini. Bentuk daunnya melonjong kehadapan dan memakai dua pucuk destar yang disebut gading.

3. Tanjak Sekelongsong Bunga

TANJAK-SEKELUNGSUNG-BUNGA-2-7
Tanjak Sekelongsong Bunga

Dipakai oleh kerabat di Raja dan Orang besar Empat Negeri Pahang. Walaupun bentuknya ini agak ringkas dan bahagian daunnya melonjong ke atas dan bahagian bawahnya mengembang seperti sebuah sekelongsong bunga, tetapi terdapat perbezaan antara destar yang dipakai oleh kerabat diraja dengan orang biasa, khususnya dari sudut posisi daun dan pucuk destar yang dipanggil sula.

4. Tanjak Getam Budu

Pakaian hulu untuk Orang-Orang Besar di Istana Negeri Pahang pada satu masa dahulu. Bentuknya menutup seluruh bahagian kepala pemakai yang membawa maksud menyimpan segala rahsia raja.

5. Tanjak Sunda Menggamit

TANJAK-SUNDA-MENGGAMIT-1
Tanjak Sunda Menggamit

Dinamakan Sunda Menggamit kerana bentuk daunnya seperti ranjau pergi. Tanjak ini kebiasannya dipakai oleh Al-Marhum Sultan Ahmad antara tahun (1882-1914).

 

 

 

6. Tanjak Helang Menyongsong Angin

TANJAK HELANG MENYONGSONG ANGIN
Tanjak Helang Menyongsong Angin

Tanjak ini dipakai oleh Al-Marhum Sultan Abdullah (1917-1932). Daunnya tegak pepat. Telunjuk sebelah kanannya terkeluar.

 

 

 

7. Tanjak Bugis Tak Balik

TANJAK-BUGIS-TAK-BALIK-1

Tanjak Bugis Tak Balik

Tanjak jenis ini hanya dipakai oleh Al-Marhum Sultan Mahmud (1914-1917). Daunnya berlipat dan telunjuk sebelah kiri tegak keluar ke atas.

 

 

 

 

 

 

Oleh: Admin

Sumber: Portal Diraja Pahang

 

Leave a comment